Tanpa Pil Kurus, Berjaya Turun 40kg Dalam 3 Bulan

Nota Editor: Pendedahan ini telah dilakukan oleh Arif Afifi Mohamad Sukri seorang mahasiswa yang sedang menuntut Jurusan Tafsir Hadis Di Jambi, Indonesia. Ramai yang bertanya bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 40kg dalam masa 3 bulan.

Kami berjaya menghubungi beliau dan mendapat kebenaran untuk kongsikan semula di sini. Semoga ini dapat membantu anda yang turut ingin mengurangkan berat badan


Lost 40 Kg in 3 Month!
Ok! disebabkan mesej yang terlalu banyak minta saya ceritakan kaedah dan bagaimana cara saya mengurangkan berat badan, saya akan kongsikan

Saya akui, saya di antara mereka yang tergolong di dalam masalah obesiti dengan berat badan mencecah 120KG. Alhamdulillah, tanpa supplyment atau pil-pil kurus yang lain saya berjaya mengurangkan berat sebanyak 40 KG

Tips ni banyak saya ambil dari Kevin Zahri dan member2 medic dari Unisza seperti Dr Nashrul Hadi, Dr Aiman, Dr Hafez dan Dr Arif Fahmi. Berikut antara tips yang saya laksanakan dalam tempoh 3 bulan ini. Saya tak katakan ini adalah yang terbaik. Jika nak yang terbaik, rujuklah yang lebih ahli.

1. Amalkan makan nasi dengan kuantiti segenggam. (Makanlah berapa kali sehari pastikan hanya segenggam) Saya makan 2/3 kali sehari.
2. Ayaq manis, haramkan! (Dalam tempoh bulan pertama). Banyakkan minum air kosong.
3. Haramkan makanan bergoreng! (Pisang goreng, Ubi, Kentang, Ayam, bla…bla… Haramkan untuk sementara waktu)
4. Elakkan makanan bersantan. Nak makan juga? Kuantiti yang sedikit sahaja.
5. Makan protein dari rebusan dan panggang sahaja. (Ayam panggang, ikan rebus, ayam sup. Pastikan kurang garam dan minyak!)
6. Makan sayuq banyak! Pastikan setiap hidangan ada sayur. Sayur yang direbus atau mentah.
7. Kerepek, Keropok, MEGI dan JUNK FOOD yang lain mohon tinggalkan! Please...


Ini apa yang saya lakukan dalam tempoh sebulan pertama. Sebab masa ni saya cuma jaga pemakanan. Lagipun jogging waktu ni hanya bertahan 4 minit saja. Sebab pancit boh.

Masuk bulan ke dua. Saya mula jogging. Mula dengan 4 minit, kemudian ke 7, 7 ke 10 minit. Dari 10 minit tingkatkan ke 15 dan seterusnya mampu sehingga 30 minit tanpa henti. 

Stamina akan terbina hasil latihan hari-hari yang istiqamah. Jangan PAKSA DIRI. Jangan terus nak perderas 30 minit terus. Nanti badan akan ‘terkejut’! 

Saya nasihatkan juga, orang yang obes jangan terus nak ke GYM main dumbell atau nak bina badan jadi SADO.
 
Mula dengan cardio dulu. Dah turun ke berat ideal barulah tumpu kepada nak bina otot atau apa-apa saja untuk nampak katang

Jangan harap result dalam masa terdekat. Untuk kurangkan berat badan perlu banyak bersabar dan tahanlah telinga bila berdepan dengan member-member yang tak support. Abaikan. Kesihatan diri kita sendiri itulah yang harus dipeduli. 

Akhir sekali, niat semua di atas biar kerana Allah dan demi menjaga kesihatan ke arah yang lebih baik. 


Bukan harap pujian atau buat diri jadi lebih takabbur, riak dan jauh dari tuhan! Nak segak bukan sekadar RUPA tetapi akhlak dan maruah yang terjaga itu lebih utama. 

Sebab tu saya katakan untuk kesihatan.. Bukan untuk SEGAK paras rupa. Akhlak dan maruah adalah kesegakan yang lebih sejati! 

Perkongsian ringkas ini saya coretkan agar menjadi motivasi yang lebih baik buat rakan-rakan saya yang lain. Bahawa tanpa perlu berbelanja tinggi dan pil-pil kurus anda mampu mengurangkan berat badan dengan kaedah yang baik.

Rujuklah mereka yang lebih ahli. Jujur penulisan ini hanya sebatas pengetahuan saya sebagai Alumni Mahasiswa Pengajian Islam Usuludin. Saya bukanlah dari kalangan mereka yang mengambil jurusan perubatan ataupun dietetik yang khusus. 

Insyaallah, selepas ini saya akan berkongsi lagi tips-tips yang lain. Selamat maju jaya. Manfaatkan Ramadhan dengan ibadah dan mutu kesihatan yang lebih baik.

Semuanya di atas kesadaran masing-masing. Perlahan-lahan ke arah kesihatan yang baik.
Seeru ala barakatillah. 

Sumber: thevocket.com

Dr. Nurmawati Pengasas Herba An-Nabaat



Dr. Nurmawati bt. Syakroni (56 tahun). Berprofesi sebagai seorang pensyarah, namun sejak tiga tahun kebelakangan ini beliau lebih menumpukan perhatian pada PUSAT RAWATAN HERBA AN-NABAAT sederhana di rumahnya. Beliau bercita-cita suatu saat nanti mampu mewujudkan sebuah Hospital Herba. Semoga Allah SWT mudahkan cita-cita beliau, amin.

Beliau telah menceburkan diri sebagai pengamal perubatan tradisional sejak tahun 1996. Dan atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia beliau sebagai pengamal perubatan tradisional wajib berdaftar di bawah Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA).

Selain kesibukan beliau di pusat rawatannya, beliau juga bertugas sebagai pensyarah jemputan di beberapa tempat:
  1. Universitias Islam Riau, mengajar subjek: Mikrobiologi dan Biokimia
  2. Cyberjaya University College of Medical Sciences, mengajar subjek: Mikrobiologi
  3. Darussyifa Warrafahah, Negara Brunei Darussalam, mengajar subjek: Pengetahuan herba dan Pengolahan herba.

Kelulusan Akademik:
  1. Julai 1983: Lulus dari Fakulti Farmasi, Universitas Gadjah Mada, Yokyakarta, Indonesia. Dianugerahkan ijazah Bsc. Pharmasi.
  2. Disember 1983: Lulus dari Fakulti Farmasi, Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia. Dianugerahkan Apoteker.
  3. Ogos 1995: Lulus dari Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Sains Hayat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dianugerahkan ijazah Msc Mikrobiologi.
  4. Januari 2008: Lulus dari Jabatan Pertumbuhan Manusia dan Pembangunan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah Biologi Molekul.

Bidang Kajian:

General Area of Research Interest (Bidang Penyelidikan)
  • Biology Molecular (Biologi Molekul)
  • Clinical Biochemistry (Biokimia klinikal)
  • Bioassay of Natural Products (Bioesei hasilan semula jadi)
  • Molecular Pharmacology (Farmakologi molekul)

Additional experience in (Pengalaman Tambahan)
  • Animal Tissue Culture (Kultur Jaringan haiwan)
  • Primary cell culture (Kultur sel primer)
  • Purification sample from natural product to get the pure compound (Penulenan bahan semula jadi untuk mendapatkan sebatian tulen)
  • Formulation of herb medicine (Formulasi dari ubat herba)
  • Molecular technique for mechanism of medicine (Teknik molekul untukmenentukan mekanisme ubat)
  • Handling animal for activity anticancer and anti diabetic (Pengendalian haiwan untuk aktiviti anti kanser dan antidiabetik)
  • Processing and analyzing Virgin Coconut Oil (VCO) (Pemprosesan dan menganalisis Minyak Kelapa Dara (VCO)

Paten dan Produk Komersial
  • Aqueous Bark Extract of Albizzia myriophylla As An Anti-Diabetic Agent , tahun 2010.
Anugerah yang diterima:
Bil (No)
Anugerah / Pingat yang diterima (Award Received)
Tahun
(Year)
Tajuk Penyelidikan
(Project Title)
Pameran (Exhibition)
1
Pingat Perak
(Silver Medal)
2013
Aqueous Bark Extract of  Albizzia myriophylla As An Anti-Diabetic Agent
Pertandingan
Pecipta Malaysia
2
Pingat Perak
(Silver Medal)
2012
Aqueous Bark Extract of  Albizzia myriophylla As An Anti-Diabetic Agent
Pertandingan
Bio Malaysia
3
Pingat Emas
(Gold Medal)
2011
Aqueous Bark Extract of  Albizzia myriophylla As An Anti-Diabetic Agent
PRPI-Univ. Putra Malaysia
4
Pingat Gangsa
(Bronze Medal)
2007
Nio Cool: Virgin Coconut Oil with therapeutic properties and it functional by products.
PRPI-Univ. Putra Malaysia

5

Pingat Perak
(Silver Medal)
2006
FlintTM the totally natural energy drink
PRPI-Univ. Putra Malaysia

6

Pingat Gangsa
(Bronze Medal)
2003
Anticancer, genotoxicity assessments and purification of Acanthus ilicifolius seed extract
PRPI-Univ. Putra Malaysia


Subuh lewat menyebabkan Hati Gelisah

Kita tentu telah mengetahui dan sangat memahami bahwa solat adalah satu kewajipan. Maka dari itu, melaksanakannya sudah menjadi keharusan bagi kita. Untuk itu, kita harus berusaha agar selalu melaksanakan solat. Dan solat di awal waktu itulah yang lebih afdhal.

Solat hendaknya jangan hanya kita jadikan sebagai kewajipan. Sebab, jika itu yang hanya bersarang dalam fikiran kita, maka melaksanakannya pun akan jadi dengan tidak sepenuh hati. Seperti melaksanakan dengan melengah-lengahkan waktu solat. Dan hal ini sering terjadi pada waktu subuh.





Banyak orang kesiangan dalam melaksanakan solat subuh. Ini bukan disebabkan tidurnya yang terlalu lena, akan tetapi kurangnya niat yang besar pada dirinya untuk melaksanakan solat subuh. Sehingga, ketika ia mendengar azan dan mengetahui masuknya waktunya solat subuh, ia akan menperturutkan nafsunya untuk menangguhkan solat, kemudian menarik selimutnya dan kembali menyambung tidurnya. Dan akhirnya, solat subuh dilaksanakan di luar waktu. Inilah yang menyebabkan banyak orang mengalami kegelisahan hati. Mengapa demikian?


Antara manfaat kesihatan dari solat subuh, ialah berkaitan dengan regulasi hormon. Mengutip penjelasan dari Ghazali dalam bukunya “Mukjizat Solat Tahajud dan Subuh” bahwa ada banyak hormon yang dapat mempengaruhi prilaku emosi manusia, di antaranya ialah hormon noradrenalin, steroid, adrenalin, estrogen, testosterone, kortisol, tiroid, dan lainnya.

Hormon yang terakhir (tiroid) berperan penting dalam memunculkan rasa emosi. Jika fakta ilmiah ini dihubungkan dengan solat subuh, maka sebab itulah sebahagian besar ulama menganjurkan kita untuk melaksanakan solat subuh tepat pada waktunya.

Jika seseorang bangun lewat atau kesiangan (melaksanakan solat subuh setelah tinggi hari) maka ia akan mudah mengalami kegelisahan dan kepenatan hati. Hal ini kerana hormon dalam kondisi tidak seimbang dan terlampau aktif. Akibatnya, dapat menimbulkan prilaku dan emosi yang tidak wajar, seperti mudah marah, tidak sabar, dan tergesa-gesa.

Inilah sebab utama kita mesti melaksanakan solat subuh tepat pada waktunya. Jadi tunggu apa lagi, mari segera perbaiki solat subuh kita. Berusahalah dengan pelbagai cara agar kita tidak lagi melengah-lengahkan waktu solat, terutama solat subuh. Jika kita telah mengawali hari dengan baik, maka insyaallah sepanjang hari yang akan kita lewati pun tentu baik juga.

Setelah dialihbahasa

Testimoni Denggi




Saudara Khairul baru sahaja ambil ubat denggi selepas isyak malam tadi 23/12/15. Pagi harinya esoknya terus beri testimoni. Alhamdulillah, sakit datang dari Allah swt dan hanya Allah swt juga penyembuhnya.

Download dan Sebarkan: Herba Penawar Denggi.jpg

Untuk keterangan lanjut mengenai penawar denggi, hubungi: 

Dr. Nurmawati (+6019-3917945)
Abu Muawiyah (+6013-3112724)

Di Indonesia:

Muhammad As'ad +6281372175729 (call/sms/whatsapp)

Link:
www.an-nabaat.blogspot.com
www.fb.com/herbaannabaat
https://telegram.me/herbaannabaat

Kongsikan!! Kita Ada Penawar Denggi


Assalamu'alaikum wr. wb. dan Salam Sejahtera.

Kes denggi yang masih lagi dan kian meningkat terutamanya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sangat memprihatinkan kami, mungkin ramai dari kalangan kita yang sakit,namun tak tahu ke mana nak mendapatkan ubat.

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt ramuan herba hasil ramuan Dr. Nurmawati Syakroni ini sangat cepat mengubati demam denggi. Rawatan cukup dilakukan di rumah, tidak perlu berlama-lama di hospital dan menderita untuk diambil darah berkali-kali setiap hari.

Tuan/Puan boleh kongsikan gambar ini pada yang memerlukan. Semoga gambar berisi maklumat yang sangat sederhana ini dapat membantu.


Juga boleh dimuat turun di sini: Herba Penawar Denggi.jpg

Semoga Allah swt membalas dengan yang lebih baik, amin.

Untuk keterangan lanjut, hubungi: 

Dr. Nurmawati (+6019-3917945)
Abu Muawiyah (+6013-3112724)

Di Indonesia:

Muhammad As'ad +6281372175729 (call/sms/whatsapp)

Link:
www.an-nabaat.blogspot.com
www.fb.com/herbaannabaat
https://telegram.me/herbaannabaat