Wajah Anda Menunjukkan Kesihatan Anda


Sebuah pepatah lama mengatakankan bahawa wajah anda dapat mengungkapkan segalanya. Bahkan seseorang yang bercakap bohong juga dapat dikesan dari wajahnya. Namun, ternyata bukan hanya kebenaran kata-kata ataupun kepribadian saja yang dapat dikesan dari wajah,keadaan kesihatan tubuh dan keadaan mental anda juga dapat dikesan dengan melihat pada wajah anda. Pengamal perubatan tradisional Cina telah menggunakan analisis wajah sebagai alat pengesan selama berabad-abad. Dengan melihat bahagian tertentu pada wajah akan diketahui kesihatan organ dalaman dan keadaan emosional seseorang. Jika Anda mengalami gangguan penyakit kulit seperti jerawat yang muncul di tempat yang sama pada wajah secara berulang-ulang kali, maka ia menunjukkan adanya masalah kesihatan tertentu yang lebih memerlukan perhatian. meskipun mengesan penyakit melalui pemerhatian pada wajah bukanlah merupakan ilmu yang mutlak, namun ia dapat membantu dalam memelihara kesihatan. Berikut ini merupakan bahagian-bahagian pada wajah yang mesti anda perhatikan:

Pipi tengah
Pipi anda mempunyai hubungan dengan sistem pernafasan anda, adanya ruam ringan pada bahagian tersebut dapat menjadi pertanda bahawa tubuh anda kekurangan oksigen dan anda perlu melakukan latihan untuk memperdalam nafas Anda. Hannah Yang, seorang ahli pengobatan naturopathy spa ESPA Life di London mensyorkan, "Cubalah segala perkara yang dapat memperbaiki pernafasan anda, seperti latihan pernafasan, meditasi, atau bersukan.” Hindari amalan merokok kerana ia dapat mengakibatkan kerosakan pembuluh darah halus. Ia dapat dikesan dari perubahan warna dan bertambahnya garis-garis halus di bahagian pipi, seperti mereka yang menderita sakit selesema ataupun asthma. Ruam merah yang berlebihan pada pipi juga merupakan tanda-tanda terkena rosacea. Pengambilan kopi dan alkohol juga dapat menjadikan pipi bertambah merah.

Mulut
Mulut pula berhubung dengan perut. Bibir dapat menunjukkan keadaan perut dan usus, sedangkan bahagian sekitar mulut menuju ke rahang dapat menunjukkan keadaan usus besar. Adanya flek atau perubahan warna di sekitar bibir dapat menunjukkan penyakit seperti sembelit, kembung, ataupun kurang nafsu makan. Gusi berdarah menunjukkan asam lambung berlebih. Sedangkan bibir kering dan bersisik menunjukkan tanda-tanda yang jelas bahawa tubuh anda kekurangan air. Apabila bibir pecah-pecah dan berdarah dapat menunjukkan limpa anda perlu pengubatan. Ambillah makanan yang mengandungi vitamin B dan zat besi jika anda mendapati tanda-tanda ini.

Dagu
 Dagu berhubung dengan buah pinggang dan pundi kencing. Ketidakseimbangan hormon dapat terlihat pada bahagian ini. Remaja pada umumnya mengalami ketidakseimbangan hormon sehingga sering timbul jerawat di bahagian dagu. Atau tanda-tanda lain seperti terdapat ketulan darah di dagu yang menjadi pertanda bahawa buah pinggang anda terlalu lelah bekerja atau anda terlalu stress dalam beraktivitas. "Bahagian dagu menunjukkan kelelahan andrenal," kata Yand. "Telalu stress dapat menyebabkan kelenjar adrenal yang terletak di atas buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon dengan baik." 

Dahi tengah
Bahagian ini berhubung dengan beberapa organ seperti jantung, usus halus dan pundi kencing. Jika bahagian ini menjadi merah dan bersisik, boleh jadi saluran pencernaan anda bermasalah, dan perlu pelincir. Untuk membantu agar pencernaan anda tetap baik, maka kurangi makan makanan yang berminyak, daging yang diproses dan produk susu untuk sementara waktu.

Bahagian di antara alis mata
Bahagian ini pula berhubung dengan organ hati. Kesan pengambilan terlalu banyak bahan mengandungi alkohol dan racun lainnya dapat terlihat pada bahagian ini. Selain itu, bahagian ini juga dapat menunjukkan keadaan emosional seseorang, kerana menurut perubatan tradisional Cina, hati berkait rapat dengan kemarahan. Oleh sebab itu jika anda melihat tanda-tanda pada bahagian di antara alis mata anda, cubalah bermuhasabah dan kurangkan sikap pemarah anda.

Sumber: kompas.com